INTRO

1. The English Language paper for U.P.S.R. will be assessed
through two papers :

* Paper 1 - 40 questions
* Paper 2 - 3 questions

2. The new format started since 2005.

ENGLISH LANGUAGE PAPER 1 - FORMAT

Type of questions / Items :
Objective / Multiple Choice Questions ( MCQ’S )

Number of sections :
5

Number of questions & marks :
Section A : 10
Section B : 5
Section C : 10
Section D : 5
Section E : 10
-----
40
-----

Duration :
50 Minutes

FORMAT, TIPS AND TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 1

.

SECTION A

SECTION B

SECTION C

SECTION D

SECTION E

TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 1

1. You have 2 ways to answer the questions.

Option 1
Answer the question and directly blacken the answer on the answer sheet.

Option 2
Answer the question and circle the answer in the question book. After you have answered and checked all the answers, blacken the answer on the answer sheet.

2. While you go through the options ( answers ) and found the wrong answer, please cross it.

This is to reduce the volume of the answers.

3. Once you have found one or more incorrect answers, you will be able to guess / know the correct answer.



WHAT IF YOU ARE NOT SURE / DO NOT KNOW HOW TO ANSWER ?


WHAT YOU SHOULD DO ?


YOU HAVE TO MAKE A GUESS. DO NOT LEAVE ANY BLANK EMPTY.

ENGLISH LANGUAGE PAPER 2 - FORMAT

Type of question :
Subjective

Number of sections :
3 ( Section A, Section B and Section C )

Type of items :
* Section A > Sentence construction - Based on the graphics
and given words.


* Section B > Information transfer & short paragraph - Fill in the table and making a choice.

* Section C > Note expension - Writing.

Number of questions :
* Section A : 1
* Section B : 2 ( 2A and 2B)
* Section C : 1
-----
4
-----

Marks :
* Section A : 10
* Section B : 15 ( 2A : 10 and 2B : 5 )
* Section C : 15
-----
40
-----

Duration :
1 hour 15 minutes

FORMAT, TIPS AND TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 2

.

SECTION A - QUESTION 1

SECTION B - QUESTIONS 2 ( A ) & 2 ( B )

SECTION C - QUESTION 3

TIPS ON ANSWERING THE QUESTIONS IN THE PAPER 2

1. Write your sentences neatly in the space provided, so that the teacher who will mark your paper will understand your work.

2. Check your work for any spelling and grammar mistakes.

3. When complete, read through carefully to make sure that all the questions had been answered carefully.

SCORE MINIMUM MARKS TO PASS

#PAPER 1 > 19 marks
# PAPER 2 – Q 1 > 1 mark
# PAPER 2 – Q 2 ( A ) > 10 marks
# PAPER 2 – Q 2 ( B ) > 1 mark
# PAPER 2 – Q 3 > 1 mark
____________________
TOTAL 32 marks
____________________

32 X 100 : 40 %
80

Thursday, December 23, 2010

10 Working Tips

1) Do not get into trouble

2) Aim for greater heights

3) Stay focus on your job

4) Exercise to maintain good health

5) Practice Team work

6) Rely on your trusted partner to watch your back

7) Save for rainy days

8) Rest and relax

9) Always smile when your boss is around

10) Nothing is impossible

Sunday, November 21, 2010

Jaga Kesihatan

Pentingkah menjaga kesihatan?

Pastinya ramai yang akan berkata, ia memang penting. Tapi, sering kali kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit.

Semasa sihat, kita mungkin melakukan berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat seperti makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, barulah kita menyedarinya dan berpantang untuk menjaga kesihatan.

Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat sentiasa belajar dalam keadaan yang berkesan.

Antara cara asas menjaga kesihatan kita:

1. Jaga pemakanan - Jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula.
Lebihkan buah buahan dan sayur - sayuran. Makanan terbaik adalah
makanan organik (tidak diproses).

2. Bersenam selalu - Lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti
jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang
dapat dilakukan.
Tidak minat dengan sukan?
Lakukan senaman - senaman mudah dari rumah seperti turun naik
tangga.

3. Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan
penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang
secukupnya.

Di pasaran juga terdapat berbagai-bagai produk kesihatan yang dapat menjaga kesihatan kita.

Di sunting dari Artikel Pilihan Irfan Khairi

Tuesday, October 5, 2010

Bila Kita Lakukan Sesuatu Yang Kita Minat . . . . .

* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat . . . . .
Kita takkan rasa cepat sangat nak give - up / putus asa. Walaupun belum mendapat
kejayaan, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka.

* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat . . . . .
Kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau kerja tersebut dilakukan dari pagi
sampai malam, terasa macam sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je
siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan sesuatu yang benar -
benar kita suka.

* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat . . . . .
Kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca,
menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu
perkara. Kita akan bersungguh - sungguh menambahkan ilmu dan menggunakan ilmu yang
dipelajari itu. Penyelidikan mengatakan bahawa, lebih dalam ilmu seseorang itu
dalam sesuatu bidang, lebih cemerlanglah dirinya.


Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat...

* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat . . .
Kita akan rasa cepat mengalah. Bila tidak berjaya, kita salahkan keadaan.

* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat . . .
Kita akan rasa lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu -
tunggu bilalah hari ini akan berakhir kerana nak rehat. Belajar pula dilakukan
dengan tidak bersungguh - sungguh seperti melepaskan batuk ditangga. Bila tidak
bersungguh - sungguh, maka, pulangan yang datang kepada kita juga tidak
bersungguh - sungguh.

* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat . . .
Kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya, ilmu adalah amat
penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan
wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenainya.
Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, pelajaran akan gagal.


Jika dipantau kisah - kisah kejayaan dan juga membaca biografi mereka yang berjaya, semuanya melakukan apa yang mereka minat.

Adakah anda mempunyai minat untuk belajar?
Apakah minat anda?

Jadi, adakah belajar merupakan minat anda ataupun anda tidak berminat?

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Wednesday, September 15, 2010

The One Minute Mile

Sebelum 6 Mei 1954, tiada pelari dapat berlari sejauh 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit. Berlari 1 batu dalam masa kurang 4 minit difikirkan mustahil.

Tetapi, Roger Bannister mencabar dan memecahkan fikiran mustahil tersebut dengan berlari sejauh 1 batu dalam masa 3 minit 59 saat.

Apa yang terjadi selepas itu?
Pada tahun yang sama, beberapa pelari lain berjaya melepasi benteng 1 batu dalam masa kurang dari 4 minit.

Tahun - tahun yang seterusnya juga menyaksikan lebih ramai pelari berjaya memecahkan benteng 4 minit tersebut.

Apa yang telah terjadi?

Kisah Roger Bannister ini sering diceritakan dalam buku - buku motivasi barat. Ia menunjukkan bahawa benteng pertama yang perlu dilalui adalah benteng di minda.

Apabila ia kelihatan mustahil, maka, ia sememangnya mustahil.

Tetapi, sekiranya ia terbukti boleh dilakukan, maka, benteng di minda sudah tiada lagi dan lebih ramai atlit dapat melakukan larian tersebut.

Buka mata anda kepada kisah - kisah disekeliling kita yang umpama " The 4 - minutes Mile ". Ia merupakan satu titik sebuah anjakan paradigma ( Paradigme shift ) yang boleh mengubahkan haluan hidup kita.

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Wednesday, August 11, 2010

Berfikiran Positif

Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.

Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.

Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat - cepat ubahkannya menjadi positif.

Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut - turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda.

Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?

Terdapat dua jawapan. Bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah ( ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita ).

Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat. Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.

Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.

Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat - cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat berfikir positif.

Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!


Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Sunday, July 11, 2010

15 Tips Kejayaan

1. Being honest with all people
( Jujur dengan semua orang )

2. Being well discipline
( Berdisiplin )

3. Getting along with others
( Boleh bersama - sama dengan orang lain )

4. Having a supportive friend
( Mempunyai seorang kawan yang boleh membantu )

5. Working harder than most people
( Berkerja lebih keras dari orang lain )

6. Loving your education
( Sayangkan pelajaran )

7. Having strong leadership qualities
( Mempunyai sikap kepimpinan )

8. Having a very competitive spirit / personality
( Mempunyai semangat personaliti yang kuat )

9. Being very well organized
( Terurus )

10. Having the ability to share and accept ideas
( Boleh berkongsi dan menerima idea )

11. Seeing opportunities other do not see
( Nampak peluang yang tidak dilihat oleh orang lain )

12. Having good mentors
( Mempunyai mentor yang terbaik )

13. Having the urge to be well respected
( Mempunyai keinginan untuk dihormati )

14. Having extraordinary energy
( Mempunyai semangat yang lebih )

15. Being physically fit
( Sihat )

Wednesday, June 30, 2010

Kerja Susah vs Kerja Mudah

Mengapa hanya terdapat sedikit oarang yang berjaya dalam pelajaran / kehidupan?

Jawapannya kerana mereka sanggup melakukan perkara - perkara yang susah manakala selebihnya hanya suka melakukan perkara - perkara yang mudah sahaja.

Orang - orang yang berjaya sanggup melakukan perkara - perkara yang dikira susah seperti belajar setiap hari, sering mencari orang yanag telah berjaya dan mempelajari cara - caranya dan melakukan perancangan dan strategi yang produktif.

Manakala, mereka lain pula hanya suka melakukan perkara - perkara mudah, bermain, menonton tv dan hanya belajar sekadar ada.

Bagi mereka yang berjaya, kerja - kerja tersebut memang susah. Tetapi, mereka lakukannya juga.

Bagi mereka yang lain - lain, mereka tidak sanggup melakukannya.

Apa kata selepas ini, kita senaraikan perkara - perkara yang susah yang sebelum ini kita sering abaikan.
Kemudian, kita lakukannya juga !

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Wednesday, May 26, 2010

3 Tip Berubah Ke Arah Kejayaan

Cuba renung kembali keadaan kita 4-5 tahun yang lepas. Bagaimana bezanya dengan sekarang? Renungkan pula setahun dua yang lepas. Ada tak apa-apa perubahan? Bagaimana pula dengan beberapa bulan yang lepas? Ada tak sebarang perubahan yang besar pada hidup kita? Ataupun tiada bezanya 4-5 tahun yang lepas, setahun dua yang lepas, beberapa bulan yang lepas dan hari ini, lebih kurang sama sahaja hidup kita.

Pepatah Arab berbunyi " Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam ".

Amat mendalam maksudnya untuk kita sentiasa memperbaiki diri setiap hari. Akibatnya, perubahan yang lebih positif akan terjadi pada diri kita.

Manusia merupakan insan bertabiat. Tabiat yang sering kita alami adalah perasaan selesa pada keadaan semasa. Untuk kita berubah kearah kebaikan atau keburukan, sememangnya susah oleh kerana tabiat kita tidak membenarkan.

Bagaikan magnet yang menarik kembali diri kita ke aras keselesaan, walaupun sedikit demi sedikit kita cuba melakukan satu perubahan, magnet tersebut akan kembalikan kita ke aras asal.

Jadi apakah yang perlu kita lakukan untuk berubah?
Berikut adalah 3 TIP untuk kita berubah.


1. Tenaga, mental dan emosi
Seperti magnet, memerlukan tenaga yang kuat untuk mengasingkan dua magnet. Lagi kuat magnet tersebut, makin kuat juga tenaga yang diperlukan untuk mengasingkannya. Kekuatan diperlukan dari segi tenaga, mental dan juga emosi untuk melakukan sebarang perubahan terutamanya perubahan yang kita impikan adalah besar.

Untuk berubah sekadar untuk bersenam setiap hari di halaman rumah pastinya lebih mudah daripada berubah untuk pergi ke gym seminggu dua kali untuk melakukan senaman yang lebih jitu! Bagaimana pula untuk mengubahkan badan kita menjadi lebih maskulin seperti Arnold Susah-Nak-Eja? Pastinya tenaga, mental dan emosi yang lebih kental diperlukan.

Tidak kira apa sahaja perubahan yang kita ingin lakukan, lebih besar perubahan tersebut, lebih besar tenaga, mental dan emosi kita perlu usahakan.


2. Pengorbanan
"Bekorban apa saja... harta ataupun nyawa"
Mesti teringat lagu dendangan P Ramlee. Dalam apa sahaja perubahan, perlu adanya pengorbanan. Pengorbanan bukan sahaja harta ( atau nyawa ), tetapi juga masa yang perlu dikorbankan. Dalam mencapai apa sahaja kejayaan yang berbaloi, pengorbanan masa diperlukan iaitu masa daripada apa yang kita telah pun selesa.

Mungkin hari- hari kita pulang dari sekolah, balik rumah berehat dan beriadah. Malam hari, menonton TV sampai terlena. Tetapi, sekiranya impian kita adalah untuk berubah, maka perlu korbankan masa-masa kita yang seperti mana kita telah pun selesa. Mungkin korbankan masa menonton TV dan alihkan tumpuan kepada membaca buku ataupun menghadiri kelas tambahan ataupun belajar dengan kawan - kawan yang berjaya dan mempelajari ilmu dari mereka.

Sememangnya untuk berubah, kita perlukan pengorbanan. Pengorbanan apa saja!


3. Lakukannya dengan mendadak!
Pernah dengar tak nasihat jika ingin melakukan perubahan, lakukannya sedikit demi sedikit. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Kita akan berjaya berubahkan diri kita! Betul? TIDAK!

Penyelidikan ada mengatakan bahawa sekiranya ingin melakukan perubahan, manusia seringkali melakukannya secara mendadak. Manusia mencapai kejayaan dalam keadaan lonjatan secara tiba - tiba untuk sesuatu masa. Kemudian pada waktu yang lain, lonjatan secara tiba - tiba dilakukan kembali.

Berubah sedikit demi sedikit, sememangnya mempunyai tempatnya, tetapi untuk lebih efisyen dalam berubah, lakukan lonjatan tiba - tiba berbanding dengan berubah sikit demi sedikit.

Sekiranya ingin memberi kesan positif kepada diri kita, bukan dengan cara perlahan -lahan mencapai kejayaan sedikit demi sedikit untuk. Tetapi, dengan terus mendapatkan kejayaan mendadak! Pastinya kesan kepada diri kita adalah lebih mendalam.

Anggap berubah seperti sebuah kapal terbang. Apabila hendak berlepas, tenaga yang kuat, pengorbanan masa dan juga kelajuan yang mendadak diperlukan. Tanpa tenaga, masa dan kelajuan, pastinya kapal terbang tersebut tidak dapat berlepas. Hanya bergerak dan berpusing - pusing di run - way sahaja! Tetapi, dengan tenaga, masa dan kelajuan, kapal terbang boleh berlepas ke udara. Anda perasan tak apabila kapal terbang sudah di udara, kelajuannya boleh dikurangkan?

Begitu juga dengan manusia yang memerlukan ketiga - tiga elemen di atas untuk melakukan perubahan. Apabila sampai satu tahap perubahan, boleh relax sedikit kerana momentum perubahan kita akan membawa kita mencapai kejayaan yang lebih hebat!

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Saturday, April 17, 2010

Memahami Minda Cemerlang

Apakah sebenarnya faktor - faktor yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan ? Berikut terdapat tujuh panduan untuk kita renungi bersama :


Jujur dengan semua orang
========================
Menurut kajian Dr. Stanley, sifat jujur merupakan faktor utama dalam
mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Ia merupakan prinsip patut diamalkan oleh kita.

Berdisipilin
============
Untuk mencapai apa sahaja yang dikehendaki, sudah tentu ia mememerlukan pengorbanan yang tinggi. Disiplin diperlukan dalam pengorbanan tidak kira dari segi wang, masa serta tenaga dalam mencapai cita - cita.

Mesra dengan semua orang
========================
Orang ang cemerlang mudah didampingi dan mesra dengan semua orang. Mereka adalah golongan yang mudah bergaul dengan berbagai pihak. Kebolehan ini merupakan kekuatan komunikasi seseorang dengan orang disekeliling. Kebolehan berkomunikasi adalah penting oleh kerana dikatakan 85% kejayaan seseorang itu bergantung kepada mereka
yang berada disekeliling kita.

Belajar lebih masa dari orang lain
==================================
Orang yang berjaya dalam kehidupan meluangkan lebih masa untuk belajar dari apa yang dilakuan oleh kebanyakkan orang - 2 kali ganda lebih daripada orang biasa.

Mencintai apa yang dilakukan
=============================
Bukan lagi rahsia bahawa dalam mencapai kejayaan, seseorang itu perlu ghairah dengan apa yang dilakukannya.


Mempunyai daya saing yang tinggi
================================
Orang yang berjaya merupakan mereka yang mempunyai daya saingan yang
tinggi. Mereka dikatakan mempunyai kekuatan dan keinginan bersaing
dalam pelbagai bidang dan mereka ingin menang.

Teratur dan terurus
===================
Salah satu faktor utama kecemerlangan adalah untuk menjadi seorang yang teratur
dan terurus. Sememangnya, setiap insan di dunia hanya mempunyai 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun mengendalikan hidup mereka sehari. Kita semua mempunyai masa yang sama. Mereka yang berjaya adalah mereka yang bijak menguruskan masa, hari, bulan dan tahun yang diberikan sebaik mungkin.

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Thursday, March 11, 2010

Sudah Berusaha, Tetapi Masih Belum Berjaya

Sering kita mendengar keluhan ini :

"Saya sudah berusaha, tetapi masih belum berjaya ".

Untuk menjawab persoalan ini, bolehlah diibaratkan anda sebagai pekerja " pemecah batu ".

Pada zaman dahulu, kalau nak pecahkan batu, perlu dilakukan secara manual. Tetapi, ketika ini kita menggunakan mesin.

Jadi, pada zaman dahulu, untuk memecahkan batu, ia perlu dilakukan manual. Dengan menggunakan penukul besar. Para pekerja perlu bertalu - talu mengetuk batu tersebut. Ketuk 10 kali pun, bentuk batu masih seperti asalnya. Ketuk 50 kali, ketuk 100 kali pun, tak pecah - pecah juga.

Tetapi, ketuk kali yang entah keberapa, terus batu tersebut pecah berkecai!

Walaupun, kesemua ketukan tersebut adalah pada kekuatan yang sama, maksudnya bukan ketukan yang terakhir itu kuat daripada yang lain - lain. Semuanya sama sahaja kekuatannya. Lambat laun, batu tersebut akan pecah berkecai dengan satu ketukan sahaja> Entah kali yang keberapa.
Tetapi, ia tidak akan pecah tanpa pukulan - pukulan sebelumnya.

Kejayaan anda juga perlu diibaratkan sebegitu. Kesemua usaha anda akan diambil kira. Walaupun tak nampak dilihat kejayaannya pada zahirnya, ia perlu diteruskan secara konsisten sehingga anda jumpa " pukulan " terakhir tersebut. Pukulan terakhir tersebut akan menunjukkan hasil daripada kesemua usaha - usaha anda sebelum ini.

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Monday, February 1, 2010

Fikirkan Tak Boleh

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri - perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa " Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan bahawa memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor ( di mana beliau menjadi seorang yang gemuk @ Professor Sherman ) dan beliau ingin menurunkan berat badannya. Beliau ke gym dan bersenam sambil berkata " Yes I can ! Yes I can ! ".

Anda juga perlu menjadi seperti ini ( bukan menjadi gemuk ). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan " tidak boleh " kepada " Saya Boleh ! Saya Boleh ! ".

Teknik melawan fikiran tidak boleh ini dinamakan affirmation dan walaupun bunyi kelakar ( corny ), tetapi ia amat efektif. Ulangkan dengan megucap " Saya boleh " berkali - kali dengan diucapkan. Bukan cakap didalam hati sahaja.

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Monday, January 18, 2010

Petua Untuk Hilangkan Mengantuk di Pejabat

1. Bau-bauan :
Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.

2. Urut :
Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa sekejap, anda akan berasa segar dan aktif semula.

3. Cahaya :
Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika bilik anda tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang.

4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi :
Mengubah kedudukan di kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.

5. Makanan :
Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan yang ringan lebih baik. Jika perut kenyang dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini merupakan suatu alasan untuk rasa hendak tidur.

6. Muzik :
Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak 'up-beat' supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.

7. Berjalan - jalan :
Jika anda tidak boleh pergi ke luar, anda boleh berjalan-jalan di kawasan rumah sambil berinteraksi dengan ahli keluarga.

8. Air :
Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.

9. Bersihkan meja :
Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada sesi belajar, buat sesuatu aktiviti yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa serta mampu menggembirakan anda.

10. Tidur :
Rehat seketika dan tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda.