Cara Pertama : Beri tekanan pada diri sendiri
Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana - mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin. Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama - lamanya.
Pemimpin melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha. Golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda belajar, lakukan lebih daripada apa yang anda pelajari.
Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi. Sekiranya anda melakukan kerja yang anda ingin siapkan pada kadar segera, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu melakukan sesuatu dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus melakukan sesuatu, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.
Cara Kedua : Apa akan terjadi sekiranya . . .
Manusia melakukan sesuatu untuk mendapatkan kebahagiaan atau mengelakkan kesusahan. Dalam apa sahaja yang anda lakukan, sudah pasti terdapat elemen menambahkan kebahagiaan anda atau mengelakkan kesusahan.
Dalam mengurus masa, fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak melakukan tugasan di tangan secepat mungkin. Adakah anda mendapat kebahagiaan atau kesusahan?
Beri tumpuan dan fokus kepada perasaan tersebut. Sekiranya kebahagiaan, gandakannya dengan sepuluh. Sekiranya kesusahan yang anda akan dapat, gandakannya dengan sepuluh.
Manusia melakukan sesuatu oleh kerana emosi di dalam diri. Dengan memainkan emosi dengan fokus kepada mendapat kebahagiaan yang berganda dan mengelakkan kesusahan yang berganda, emosi anda akan memberi daya tolakan kepada diri anda untuk menyiapkan sesuatu kerja secepat mungkin dengan sempurna.
Pertimbangkan apa yang akan terjadi sekiranya apa yang anda ingin lakukan di lewat - lewatkan.
Cara Ketiga : Tambahkan ilmu dalam bidang fokus anda
Manusia adalah insan yang amat hebat dan boleh mencapai apa sahaja matlamat dengan ilmu dan pengalaman yang mencukupi. Tambahkan ilmu anda. Dengan ilmu yang lengkap, segala kerja yang dilakukan adalah lebih mudah.
Sering kali kita tidak dapat meneruskan sesuatu kerja apabila kita tidak tahu melakukannya atau mempunyai ilmu yang kurang dalam kerja yang perlu dilakukan. Ini akan melambatkan sesuatu tugasan dan adakalanya akan menurunkan produktiviti dan motivasi. Tekanan mula di rasa apabila ilmu yang dimiliki tidak dapat menangani kerja di tangan.
Dedikasikan diri anda untuk menjadi orang yang berjaya. Baca buku, hadiri kelas tambahan, minta nasihat dari yang lebih pakar dan tambahkan kepakaran anda sama ada yang berkaitan secara langsung dengan pelajaran atupun yang tidak.
Orang disekeliling akan merasa pelik. Bagaimana anda mencapai kejayaan dalam waktu yang amat singkat.
Jawapannya, perbanyakkan ilmu dalam pelajaran.
Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi
INTRO
1. The English Language paper for U.P.S.R. will be assessed
through two papers :
* Paper 1 - 40 questions
* Paper 2 - 3 questions
2. The new format started since 2005.
through two papers :
* Paper 1 - 40 questions
* Paper 2 - 3 questions
2. The new format started since 2005.
ENGLISH LANGUAGE PAPER 1 - FORMAT
Type of questions / Items :
Objective / Multiple Choice Questions ( MCQ’S )
Number of sections :
5
Number of questions & marks :
Section A : 10
Section B : 5
Section C : 10
Section D : 5
Section E : 10
-----
40
-----
Duration :
50 Minutes

FORMAT, TIPS AND TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 1
.
SECTION A
SECTION B
SECTION C
SECTION D
SECTION E
TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 1
1. You have 2 ways to answer the questions.
Option 1
Answer the question and directly blacken the answer on the answer sheet.
Option 2
Answer the question and circle the answer in the question book. After you have answered and checked all the answers, blacken the answer on the answer sheet.
2. While you go through the options ( answers ) and found the wrong answer, please cross it.
This is to reduce the volume of the answers.
3. Once you have found one or more incorrect answers, you will be able to guess / know the correct answer.
WHAT YOU SHOULD DO ?
YOU HAVE TO MAKE A GUESS. DO NOT LEAVE ANY BLANK EMPTY.

WHAT IF YOU ARE NOT SURE / DO NOT KNOW HOW TO ANSWER ?
WHAT YOU SHOULD DO ?
YOU HAVE TO MAKE A GUESS. DO NOT LEAVE ANY BLANK EMPTY.
ENGLISH LANGUAGE PAPER 2 - FORMAT
Type of question :
Subjective
Number of sections :
3 ( Section A, Section B and Section C )
Type of items :
* Section A > Sentence construction - Based on the graphics
and given words.
* Section B > Information transfer & short paragraph - Fill in the table and making a choice.
* Section C > Note expension - Writing.
Number of questions :
* Section A : 1
* Section B : 2 ( 2A and 2B)
* Section C : 1
-----
4
-----
Marks :
* Section A : 10
* Section B : 15 ( 2A : 10 and 2B : 5 )
* Section C : 15
-----
40
-----
Duration :
1 hour 15 minutes

FORMAT, TIPS AND TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 2
.
SECTION A - QUESTION 1
SECTION B - QUESTIONS 2 ( A ) & 2 ( B )
SECTION C - QUESTION 3
TIPS ON ANSWERING THE QUESTIONS IN THE PAPER 2
1. Write your sentences neatly in the space provided, so that the teacher who will mark your paper will understand your work.
2. Check your work for any spelling and grammar mistakes.
3. When complete, read through carefully to make sure that all the questions had been answered carefully.

SCORE MINIMUM MARKS TO PASS
#PAPER 1 > 19 marks
# PAPER 2 – Q 1 > 1 mark
# PAPER 2 – Q 2 ( A ) > 10 marks
# PAPER 2 – Q 2 ( B ) > 1 mark
# PAPER 2 – Q 3 > 1 mark
____________________
TOTAL 32 marks
____________________
32 X 100 : 40 %
80
# PAPER 2 – Q 1 > 1 mark
# PAPER 2 – Q 2 ( A ) > 10 marks
# PAPER 2 – Q 2 ( B ) > 1 mark
# PAPER 2 – Q 3 > 1 mark
____________________
TOTAL 32 marks
____________________
32 X 100 : 40 %
80
Monday, December 28, 2009
Saturday, November 21, 2009
11 Formula kejayaan
1. Keinginan
Pertama sekali dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.
Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita - cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.
Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.
2. Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini " Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu - ragu, usaha mu tidak menentu ".
Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar.
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita - cita, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita - cita tersebut akan dicapai. Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub. Anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai. Anda perlu tunjukkan yang cita - cita anda akan tercapai. Itu akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan.
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ia tidak tercapai.
3. Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup ataupun sekiranya ada, mereka tidak menulisnya.
Menulis matlamat adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran dan sentiasa memperingati anda secara sedar ataupun secara tidak sedar untuk anda mencapainya.
Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan - angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat, ia menjadi sesuatu yang nyata - boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya.
4. Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai?
Senaraikan segala - galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi - motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.
Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan membawa anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab - sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai. I
ni akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mendapatkannya.
5. Cermin diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini?
( bukan di bangku atau di sofa ).
Pada ketika ini, apakah keadaan anda?
Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.
Pastikan anda mengetahui di mana anda berada ketika ini kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.
6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun?
Kebanyakan orang tidak ada deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut ia tidak dapat tercapai sebelum deadline. Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri.
Oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka. Pada bila - bila masa sahaja.
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline?
Senang sahaja. Berikan satu tarikh deadline yang baru!
Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.
7. Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan - rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.
Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan - rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan - rintangan tersebut.
Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan - rintangan yang akan muncul.
8. Ilmu tambahan
Ketahui ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita - cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.
Bina satu senarai, apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk anda punyai dalam mencapai matlamat anda?
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.
9. Perancangan
Kata pakar motivasi " Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal ".
Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi. Anda juga perlu merancang untuk mencapai kejayaan.
Rancang langkah - langkah anda dengan terperinci.
Dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ia akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung - gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima. Anda tidak boleh melanggar hukum ini.
10. Bina gambaran
" A picture paints a thousand words ". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang atau 10 tahun dari sekarang.
Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran - gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.
Berhati - hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan - angan Mat Jenin.
11. Janji pada diri sendiri
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang, tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan sekali-kali putus asa!
Sekiranya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan iaitu kegagalan - usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan. Oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.
Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.
Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda. Jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya.
Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah " blue print " orang - orang yang berjaya di dunia. Setiap kali anda mempunyai matlamat baru, rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat anda tercapai.
Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat dan anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.

Sunday, October 11, 2009
Kejayaan - Berjangkit
Kejayaan kita bergantung pada mereka yang berada di sekeliling kita.
Siapa kenalan kita?
Siapa teman sekelas kita?
Siapa guru kita?
Siapa keluarga kita?
Kejayaan berjangkit!
Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang - orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa inggeris berbunyi " If you want to soar with the eagles, you must not flock with the
turkeys ".
Mastermind group
Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan " Mastermind " tersendiri yang terdiri daripada kenalan - kenalan yang berjaya.
Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran supaya sama - sama mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing - masing. Sering kali strategi kumpulan ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep " kejayan berjangkit ini ".
Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan kumpulan orang yang berjaya, maka, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.
Success breeds success
Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins " Success Breeds Success " bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, dia lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit !
Mengapa kah ini berlaku?
Ia merupakan tabiat manusia kerana apabila melakukan sesuatu dan menjadi serta mencapai kejayaan, pastinya seseorang itu akan mengulangi perkara yang sama.
Apabila seseorang itu mencapai kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah. Bila keyakinan bertambah, ia akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dan mengulangi kejayaan yang dikecapi.
Untuk berjaya, kita tidak perlu melakukan sesuatu yang baru. Kita hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan dan kita juga akan turut capai kejayaan. Semestinya kejayaan adalah berjangkit.
Kegagalan juga berjangkit!
Bagaimana pula dengan kegagalan?
Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit.
Sekiranya peribahasa berbunyi " If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys ", maka, pastinya kita perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ia juga berjangkit.
Sekiranya di kalangan teman - teman kita terdapat mereka yang sering berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita - dia adalah satu racun yang amat berbahaya.
Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding dengan perasaan positif. Ia tidak memerlukan usaha yang banyak untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.
Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif serta sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan terjangkit kepada kita. Sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Kejayaan akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering disusuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?
Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuhkan semangat dan juga keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu - ragu dan fikiran negatif mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui dan momentum juga akan terganggu.
Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Tanda - tanda mendapat jangkitan
daripada kegagalan.
Silap memilih role-model
Dalam memilih role model, kita juga perlu berhati - hati. Sekiranya tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap.
Kita mahu menjadi seperti role model kita. Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan terjangkit pada kita pula.
Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial kerana mempunyai role model yang salah. Ini adalah contoh jangkitan kegagalan yang paling ketara.
Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja didunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit.
Pilihannya di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan kejayaan ataupun kegagalan.
Pilih lah yang pertama!

Friday, September 11, 2009
Prinsip 80 - 20
Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda.
Sudah tentu, bunyinya agak menarik!
Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil.
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?

Tuesday, August 11, 2009
Tabiat Membuang Masa
Pepatah mengatakan " Angin yang sama meniup kita, bergantung kepada kita untuk melayarinya ". Setiap insan mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam seharinya.
Tabiat membuang masa atau sering dikenali sebagai " proscastinantion " adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali kita menundakan sesuatu kerja sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun.
Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang masa ini :
Matlamat Dikecilkan
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian.
Apa yang anda harus lakukan adalah pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil.
Tingkatkan Kekuatan Tenaga
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.
Sebab ini adalah tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugasan. Sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.
Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8 - 9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif pada keesokan harinya. Sekiranya anda sering tidur 5 - 6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, dicadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.
Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa. Menurut pakar kesihatan, tidak semestinya anda perlu bersenam setiap hari. Meskipun ia merupakan suatu perkara yang terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan badan anda dengan tekanan kerja.
Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan kekurangan oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di barat sangat sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.
Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat dan segar - ia akan menambahkan produktiviti kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja.
Suara Positif
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara - suara negative seperti " saya akan gagal / saya tidak dapat melakukan kerja ini / orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya". Gantikannya dengan suara suara positif " saya akan berjaya / saya akan menyiapkan kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya".
Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif. Ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,masukkan gambaran - gambaran positif di minda anda.
Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh kerana kita menyanyi. Bukan sebaliknya, kita menanyi kerana kita gembira.
Mereka yang optimis akan :
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada masalalah dan bukannya memperbesarkannya.
Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka sering bercerita tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu.
Fikirkan boleh!

Saturday, July 11, 2009
Kisah Kegagalan
Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi sedangkan terdapat lebih ramai orang yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya.
Tahukah anda 98% daripada jutawan hari ini pernah gagal?
Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan.
Punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN.
Fahami betul - betul ayat di atas. "Takut kepada kegagalan" adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya "Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan".
Apabila kita takut kepada kegagalan, kita akan menghalang diri kita untuk mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa - apa kejayaan. Sekiranya kita berada dalam keadaan "Takut kepada kegagalan", ketahuilah bahawa itu adalah penghalang utama anda.
Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut?
Ikut kata - kata NIKE, Just Do It!
Kalau nak DUIT, anda perlu DO - IT!
Terlalu banyak kisah - kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antaranya adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth.
Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home - run ( larian dengan markah tertinggi di dalam baseball ) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home - run.
Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base - ball yang paling banyak sekali struck - out ( terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola ) - lebih daripada 1,300 kali!
Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya "Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home - run untuk pasukan saya tidak lama lagi!"
Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam mendapatkan home - run!
Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi. Tetapi, ia bermaksud makin hampir kita akan mencapai kejayaan.
Fikirkan kisah - kisah ini pula :
- Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun.
- Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru - guru sebagai murid yang "tiada harapan".
- F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai "seorang yang tidak pandai menjual". Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom.
- Pengasas Disneyland, Mr. Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana "Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas".
- Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah.
- Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan "Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja".
Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol.
Adakah ikon - ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya?
Sudah tentunya tidak.
Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak
diulangi.
Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Thursday, June 11, 2009
Cara 'Maintain' Motivasi Anda
Kita semua pernah dengar peribahasa ini " hangat-hangat tahi ayam ". Ada kalanya, kita juga mengalaminya.
Pada mulanya, semangat berkobar - kobar mahu lakukan " sesuatu ".
Motivasi pun tinggi!
Semangat tinggi!
Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.
Alih-alih, 2 - 3 hari atau 2 - 3 minggu atau 2 - 3 bulan kemudian, habis
semuanya lentur.
Motivasi, semangat dan keyakinan . . . hilang . . .
Bagaimana caranya untuk " maintain " dan meneruskan sesuatu motivasi?
Caranya ialah dengan melakukan " sesuatu " tersebut setiap hari. Jangan lakukan sedikit sahaja atau sekadar cukup syarat. Tetapi, lakukanlah dengan bersungguh - sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.
Caranya ialah jangan biarkan satu hari berlalu tanpa anda melakukan perkara tersebut kerana ini akan mengurangkan momentum anda.
Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat - hangat tahi ayam ini. Ia amat merugikan apabila momentum kita hilang.

Tuesday, May 26, 2009
Mencapai Kejayaan
Apakah rahsianya?
"I have so many races, so much to do in every race, I have to keep 100 per cent focused. No matter how good, you have to force it out of your head," - Michael Phelps.
Maksudnya adalah:
- 100% fokus.
- Jangan fikir diri kita sudah bagus.
- Bersaing dengan diri sendiri dan bukan oran lain!
" When someone says you can't do something, it shows that anything is possible. When you put your mind to a certain thing, it can happen. The biggest thing is nothing is impossible. All it takes is an imagination. " - Michael Phelps.

Saturday, April 11, 2009
Tidak Dapat Memberi Fokus
Ramai murid - murid malahan orang dewasa menghadapi masalah tidak dapat memberi fokus mengenai apa yang sedang dilakukan. Bererti, pada satu masa, berbagai - bagai perkara yang hendak dilakukan, sampai satu pun tidak menjadi.
Ada laporan mengatakan manusia mempunyai 50,000 - 60,000 perkara yang difikirkan dalam sehari. Oleh kerana terlalu banyak yang difikirkan dalam kepala, itu yang menjadikan terlalu banyak perkara yang hendak dilakukan kerana apa yang kita fikir adalah apa yang kita akan buat. Jadi, bila terlalu banyak yang difikiran, maka, kita akan hilang fokus.
Jadi, apa yang harus dilakukan?
Permudahkan hidup kita. Gunakan kertas dan pen untuk menulis apa yang perlu dilakukan hari ini. Ini bagaikan kita mengeluarkan apa yang difikiran ke kertas. Menjadikannya ke suatu bentuk nyata dan boleh dipegang.
Fokuskan kepada apa yang ditulis sahaja. Pada kertas tersebut, seboleh - bolehnya hanya mengandungi :
* 3 kerja besar yang perlu dilakukan hari ini,
* 3 kerja sederhana yang perlu dilakukan hari ini
dan
* 3 kerja kecil yang perlu dilakukan hari ini
Rancang dan jadualkan hari anda kerana 10 minit merancang akan menjimatkan banyak masa anda kerana anda telah melakukan perancangan untuk lebih fokus.

Wednesday, March 11, 2009
Cara Membuat Nota Pendek
( Dari buku teks teks dan buku rujukan )
1. Fahamkan tajuk yang dipelajari.
2. Dapatkan kata kunci.
3. Buat nota menggunakan ayat anda sendiri.
4. Susun nota dengan teratur agar mudah untuk anda fahami.
5. Gunakan pen yang berwarna - warni agar ia kelihatan menarik. Tambahlah gambar jika perlu.
6. Tulis ayat baru di baris yang baru.
7. Pastikan ia kelihatan kemas.
( DARI PERCAKAPAN GURU )
1. Perkataan yang sering diulang oleh guru.
2. Perkataan yang ditekankan oleh guru.
3. Salin apa yang ditulis oleh guru dipapan putih.

Wednesday, February 11, 2009
Cara - cara Mengatasi Tekanan
a. Bertenang.
Tarik nafas yang panjang, tahan dan hembus.Ulang perbuatan ini beberapa kali.
Ia akan memberi anda banyak bekalan oksigen kepada anggota badan.
b. Jauhkan diri dari kawasan yang memberikan tekanan kepada kita.
c. Lakukan aktiviti regangan.
d. Makan makanan seimbang dan mempunyai rehat yang cukup.

Sunday, January 11, 2009
Stop Doing List
Dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk menyediakan senarai apa yang kita perlu buat. Kata mat salleh, "To Do List!" iaitu senarai segala kerja - kerja kita yang perlu kita buat. Apabila kita telah menyelesaikan tugasan tersebut, kita akan memangkahkannya dari senarai kita.
Berikut adalah contoh perkara - perkara yang membuang masa kita dan kita perlu berthenti melakukannya. Antaranya :
* menonton rancangan televisyen yang tidak penting
* bermain permainan video
atau apa sahaja rutin yang membuang masa. Jadi, binalah satu senarai baru iaitu "Stop Doing List".
Senaraikan segala tabiat membuang masa yang ada. Apabila kita telah menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada diri kita dan kesedaran untuk kita hindarkan tabiat - tabiat membuang masa ini.
Cubalah. Semoga ia akan membuat kita menggunakan masa yang kita ada dengan sebaik – baiknya.
Salam cemerlang !

Subscribe to:
Posts (Atom)