INTRO

1. The English Language paper for U.P.S.R. will be assessed
through two papers :

* Paper 1 - 40 questions
* Paper 2 - 3 questions

2. The new format started since 2005.

ENGLISH LANGUAGE PAPER 1 - FORMAT

Type of questions / Items :
Objective / Multiple Choice Questions ( MCQ’S )

Number of sections :
5

Number of questions & marks :
Section A : 10
Section B : 5
Section C : 10
Section D : 5
Section E : 10
-----
40
-----

Duration :
50 Minutes

FORMAT, TIPS AND TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 1

.

SECTION A

SECTION B

SECTION C

SECTION D

SECTION E

TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 1

1. You have 2 ways to answer the questions.

Option 1
Answer the question and directly blacken the answer on the answer sheet.

Option 2
Answer the question and circle the answer in the question book. After you have answered and checked all the answers, blacken the answer on the answer sheet.

2. While you go through the options ( answers ) and found the wrong answer, please cross it.

This is to reduce the volume of the answers.

3. Once you have found one or more incorrect answers, you will be able to guess / know the correct answer.



WHAT IF YOU ARE NOT SURE / DO NOT KNOW HOW TO ANSWER ?


WHAT YOU SHOULD DO ?


YOU HAVE TO MAKE A GUESS. DO NOT LEAVE ANY BLANK EMPTY.

ENGLISH LANGUAGE PAPER 2 - FORMAT

Type of question :
Subjective

Number of sections :
3 ( Section A, Section B and Section C )

Type of items :
* Section A > Sentence construction - Based on the graphics
and given words.


* Section B > Information transfer & short paragraph - Fill in the table and making a choice.

* Section C > Note expension - Writing.

Number of questions :
* Section A : 1
* Section B : 2 ( 2A and 2B)
* Section C : 1
-----
4
-----

Marks :
* Section A : 10
* Section B : 15 ( 2A : 10 and 2B : 5 )
* Section C : 15
-----
40
-----

Duration :
1 hour 15 minutes

FORMAT, TIPS AND TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 2

.

SECTION A - QUESTION 1

SECTION B - QUESTIONS 2 ( A ) & 2 ( B )

SECTION C - QUESTION 3

TIPS ON ANSWERING THE QUESTIONS IN THE PAPER 2

1. Write your sentences neatly in the space provided, so that the teacher who will mark your paper will understand your work.

2. Check your work for any spelling and grammar mistakes.

3. When complete, read through carefully to make sure that all the questions had been answered carefully.

SCORE MINIMUM MARKS TO PASS

#PAPER 1 > 19 marks
# PAPER 2 – Q 1 > 1 mark
# PAPER 2 – Q 2 ( A ) > 10 marks
# PAPER 2 – Q 2 ( B ) > 1 mark
# PAPER 2 – Q 3 > 1 mark
____________________
TOTAL 32 marks
____________________

32 X 100 : 40 %
80

Tuesday, December 23, 2008

5 Langkah Mencapai Kejayaan

LANGKAH 1:
Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan. Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkannya pada kebanyakan masa.
Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ia akan menjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga minda anda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.

LANGKAH 2:
Sebutkan dengan jelas. Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation. Teknik ini merupakan kata - kata yang membantu dalam membangunkan diri sendiri. Affirmation yang paling popular digunakan di dunia adalah:
"In every day and every way I am getting better and better". ( Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik ).
Ia adalah penting untuk kata - kata anda adalah sesuatu yang benar. Maksudnya, sekiranya setiap hari anda menjadi semakin malas, maka, kata - kata itu tidak akan membantu, tetapi hanya akan mengurangkan motivasi anda oleh kerana minda akan menemui konflik.

LANGKAH 3:
Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan dalam minda. Anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut.
Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk mencapai cita - cita tersebut.

LANGKAH 4:
Masukkan emosi. Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda mencapainya, masukkan unsur - unsur emosi di dalam kesemuanya.
Bayangkan diri anda gembira, keluarga anda gembira, teman - teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda. Ketika affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi oleh kerana ia akan membantu anda. Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi anda.

Langkah 5:
Percaya dan yakin ini terjadi. Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan, kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda anda telah mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar, kesemuanya adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakin anda akan berjaya.
Kejayaan adalah keadaan minda.

Bagaimanakah langkah - langkah ini membantu anda?
Bayangkan senario ini yang saya pasti anda pernah lalui. Anda bangun dari tidur dan mendapati jam loceng anda tidak berbunyi dan anda kini lewat untuk ke sekolah.

Apa yang terjadi?
Dengan serta merta anda keluar dari katil, menyiapkan diri anda dengan pantas. Secara tiba - tiba anda mengerah seluruh tenaga anda untuk memotivasikan anda untuk ke sekolah, bukan?

Cuba fikirkan, adakah ketika itu minda anda dipenuhi dengan langkah - langkah di atas?
Sudah tentunya. Sebaliknya, anda boleh menggunakan langkah - langkah ini untuk memotivasikan anda mencapai kejayaan yang anda inginkan.

Friday, November 21, 2008

Otak Yang Lesu

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?
Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosakatau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.

Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya. Banyakkan berfikir tentang idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam pelajaran, cara bersaing, strategi belajar yang baru, cara mendapatkan ilmu dan sebagainya.

Apa yang patut anda lakukan adalah, membawa buku nota kecil ( macam 555 ) dan pen ke mana sahaja.

Dapat sahaja idea, cepat - cepat tulis. Kadang - kadang, sehari, bermacam - macam idea yang kita dapat.

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Otak yang efisyen akan memberi anda idea - idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan.

Sunday, October 5, 2008

Thinking Big

Beri peluang kepada diri anda untuk "think big". Kesemua kisah kejayaan bermula dengan " thinking big ". Ini adalah kerana, dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda memaksakan diri anda untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan anda.

Menurut sejarah, segala kejayaan yang cemerlang bermula dengan kebolehan seseorang itu dalam "thinking big". Pepatah Inggeris mengatakan : " Shoot for the stars, if you don't get it, you still get the moon! " ( Bermatlamatlah untuk mencapai bintang - bintang. Sekiranya anda tidak kesampaian, anda masih mencapai bulan ).

Maksudnya, untuk memberi anda kebebasan berfikir sesuatu yang lebih hebat dan besar daripada zon selesa anda. Sekiranya sesuatu yang hebat itu tidak tercapai, anda masih lagi mencapai sesuatu yang amat membanggakan.

Dengan " thinking BIG ", anda mampu merubah diri anda.

Cubalah !

Thursday, September 11, 2008

Messages From Me To Me ( Pesanan - pesanan Dari Saya Untuk Saya )

Even if I don’t feel so great right now, I’ll feel better soon.
( Walaupun saya tidak bagus sekarang, tetapi saya akan menjadi bagus nanti. )

I’m not afraid.
( Saya tidak takut. )

I can learn from my mistake.
( Saya boleh belajar dari kesalahan saya. )

I will try again.
( Saya akan cuba lagi. )

I can solve problems.
( Saya boleh menyelesaikan masalah. )

I have a right to be perfect.
( Saya boleh menjadi sempurna. )

I’m learning and growing.
( Saya sedang belajar dan membesar. )

I can get through this.
( Saya boleh menempuhinya. )

I can manage.
( Saya boleh menguruskannya. )

I can cope.
( Saya boleh mencapainya. )

I can be patient with myself.
( Saya boleh bersabar dengan diri saya. )

I set my goals and reach then.
( Saya ada sasaran dan akan mencapainya. )

I’m strong and capable.
( Saya kuat dan berkemampuan. )

I’m special and unique.
( Saya istimewa dan unik. )

I’m a good person.
( Saya ialah orang yang baik. )

I’m creative and talented.
( Saya kreatif dan berkebolehan. )

I’m brave and courageous.
( Saya berani dan bertenaga. )

I can expect the best of myself.
( Saya boleh menjangkakan yang terbaik dari diri saya. )

I can do this.
( Saya boleh melakukannya. )

I can succed.
( Saya boleh berjaya. )

I believe in myself.
( Saya percaya dengan diri saya. )

I’m okey.
( Saya ok. )

Monday, August 11, 2008

Adab Belajar Mengikut Imam Al - Ghazali

1. Mendahulukan salam kepada guru.

2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.

3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.

4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.

5. Jangan menyangkal kata-kata guru.

6. Jangan mengumpat pelajar lain.

7. Jangan berbisik di hadapan guru.

8. Jangan berpaling kiri dan kanan.

9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.

10. Berdiri apabila guru bangun.

Friday, July 11, 2008

Gagal Dalam Peperiksaan?

Terdapat empat kategori pelajar gagal:

1. Pelajar yang memang rajin belajar dan berusaha tetapi gagal. Biasanya mereka gagal untuk dapat ‘Straight A’. Itulah istilah gagal bagi mereka.

2. Pelajar yang memang tidak berusaha dan malas belajar lalu gagal. Malah ada yang telah menjangkakan kegagalan mereka dari awal lagi. Ini berlaku kerana masalah sikap, pergaulan, terlalu mahu berseronok, masalah keluarga dsb. Mereka perlu dikaunseling dan perlu ikuti program motivasi atau pemulihan.

3. Pelajar yang gagal sebab tidak berkemampuan untuk cemerlang dalam akademik. Ini disebabkan kebolehan dan potensinya adalah dalam bidang dan jurusan yang lain. Ada pelajar yang telah berusaha tetapi memang kemampuannya setakat itu sahaja. Janganlah kita marah dan paksa anak untuk lakukan sesuatu di luar batas kebolehan mereka. Sedari potensi anak yang lain seperti dalam bidang sukan, kemahiran tangan, kebolehan komputer dan ICT, seni, keusahawanan, dan sebagainya. Dengan cara itu anak-anak tetap akan berjaya dalam hidup mereka satu hari nanti.

4. Pelajar yang sengaja menggagalkan dirinya atas alasan - alasan peribadi seperti tidak mahu duduk di asrama, tidak mahu bersekolah di sekolah aliran agama, sebagai tanda protes atas masalah yang wujud antara ibu bapa kononnya padan dengan muka mereka. Kumpulan pelajar sebegini memang perlu dibantu melalui sesi kaunseling. Ibu bapa juga perlu sedar kalau anak benar - benar tidak mahu ke asrama maka tidak perlu paksa. Nur Amalina Che Bakri pun mampu dapat 17A1 melalui sekolah harian biasa sahaja.

Untuk bangkit dari kegagalan ini, pelajar perlu jujur dan ikhlas menganalisa diri mereka sebab - sebab dan punca kegagalan itu. Kalau memang sudah berusaha tetapi gagal maka :

a. Mungkin terlalu ‘overconfident’ hingga menyebabkan berlaku kecuaian ketika menjawab soalan. Oleh itu pelajar perlu belajar dari pengalaman ini dan perlu semak jawapan banyak kali. Pelajar perlu ingat kesilapan memang boleh berlaku dalam peperiksaan.

b. Gagal sebab tidak tahu teknik dan strategi peperiksaan peperiksaan. Pelajar perlu ikuti program Motivasi dan Kemahiran Belajar.

c. Pelajar perlu Belajar Cara Jatuh. Ada pelajar yang ambil tindakan di luar akal fikiran yang waras hingga dulu ada kes pelajar yang bunuh diri disebabkan gagal dalam peperiksaan. Gagal dalam peperiksaan bukannya gagal dalam kehidupan. Sebab itu pelajar perlu belajar cara jatuh dengan cara :

* Terima hakikat tidak semua orang mampu dapat semua A
* Terima hakikat bakat dan kebolehan kita ada ditempat lain
* Ingat manusia hanya mampu berusaha keputusan tetap di tangan Tuhan
* Jadikan kegagalan itu sebagai ‘ Stepping Stone ’ bukannya ‘ Stopping Stone ’
* Tanam azam untuk buat lebih baik dalam peperiksaan yang akan datang. Ada pelajar 5A dalam UPSR tetapi tidak mendapat semua A dalam PMR. Ada pula yang tidak semua A masa UPSR tetapi 8A dan 9A dalam PMR. Oleh itu kegagalan hari ini tidak ada kaitan dengan keputusan kita dimasa akan datang. The past is never equal to the future.


Mula belajar dari awal tahun dan jangan tangguh menyelesaikan setiap perkara yang tidak difahami.