INTRO

1. The English Language paper for U.P.S.R. will be assessed
through two papers :

* Paper 1 - 40 questions
* Paper 2 - 3 questions

2. The new format started since 2005.

ENGLISH LANGUAGE PAPER 1 - FORMAT

Type of questions / Items :
Objective / Multiple Choice Questions ( MCQ’S )

Number of sections :
5

Number of questions & marks :
Section A : 10
Section B : 5
Section C : 10
Section D : 5
Section E : 10
-----
40
-----

Duration :
50 Minutes

FORMAT, TIPS AND TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 1

.

SECTION A

SECTION B

SECTION C

SECTION D

SECTION E

TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 1

1. You have 2 ways to answer the questions.

Option 1
Answer the question and directly blacken the answer on the answer sheet.

Option 2
Answer the question and circle the answer in the question book. After you have answered and checked all the answers, blacken the answer on the answer sheet.

2. While you go through the options ( answers ) and found the wrong answer, please cross it.

This is to reduce the volume of the answers.

3. Once you have found one or more incorrect answers, you will be able to guess / know the correct answer.



WHAT IF YOU ARE NOT SURE / DO NOT KNOW HOW TO ANSWER ?


WHAT YOU SHOULD DO ?


YOU HAVE TO MAKE A GUESS. DO NOT LEAVE ANY BLANK EMPTY.

ENGLISH LANGUAGE PAPER 2 - FORMAT

Type of question :
Subjective

Number of sections :
3 ( Section A, Section B and Section C )

Type of items :
* Section A > Sentence construction - Based on the graphics
and given words.


* Section B > Information transfer & short paragraph - Fill in the table and making a choice.

* Section C > Note expension - Writing.

Number of questions :
* Section A : 1
* Section B : 2 ( 2A and 2B)
* Section C : 1
-----
4
-----

Marks :
* Section A : 10
* Section B : 15 ( 2A : 10 and 2B : 5 )
* Section C : 15
-----
40
-----

Duration :
1 hour 15 minutes

FORMAT, TIPS AND TECHNIQUES ON ANSWERING THE QUESTIONS IN PAPER 2

.

SECTION A - QUESTION 1

SECTION B - QUESTIONS 2 ( A ) & 2 ( B )

SECTION C - QUESTION 3

TIPS ON ANSWERING THE QUESTIONS IN THE PAPER 2

1. Write your sentences neatly in the space provided, so that the teacher who will mark your paper will understand your work.

2. Check your work for any spelling and grammar mistakes.

3. When complete, read through carefully to make sure that all the questions had been answered carefully.

SCORE MINIMUM MARKS TO PASS

#PAPER 1 > 19 marks
# PAPER 2 – Q 1 > 1 mark
# PAPER 2 – Q 2 ( A ) > 10 marks
# PAPER 2 – Q 2 ( B ) > 1 mark
# PAPER 2 – Q 3 > 1 mark
____________________
TOTAL 32 marks
____________________

32 X 100 : 40 %
80

Wednesday, June 30, 2010

Kerja Susah vs Kerja Mudah

Mengapa hanya terdapat sedikit oarang yang berjaya dalam pelajaran / kehidupan?

Jawapannya kerana mereka sanggup melakukan perkara - perkara yang susah manakala selebihnya hanya suka melakukan perkara - perkara yang mudah sahaja.

Orang - orang yang berjaya sanggup melakukan perkara - perkara yang dikira susah seperti belajar setiap hari, sering mencari orang yanag telah berjaya dan mempelajari cara - caranya dan melakukan perancangan dan strategi yang produktif.

Manakala, mereka lain pula hanya suka melakukan perkara - perkara mudah, bermain, menonton tv dan hanya belajar sekadar ada.

Bagi mereka yang berjaya, kerja - kerja tersebut memang susah. Tetapi, mereka lakukannya juga.

Bagi mereka yang lain - lain, mereka tidak sanggup melakukannya.

Apa kata selepas ini, kita senaraikan perkara - perkara yang susah yang sebelum ini kita sering abaikan.
Kemudian, kita lakukannya juga !

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Wednesday, May 26, 2010

3 Tip Berubah Ke Arah Kejayaan

Cuba renung kembali keadaan kita 4-5 tahun yang lepas. Bagaimana bezanya dengan sekarang? Renungkan pula setahun dua yang lepas. Ada tak apa-apa perubahan? Bagaimana pula dengan beberapa bulan yang lepas? Ada tak sebarang perubahan yang besar pada hidup kita? Ataupun tiada bezanya 4-5 tahun yang lepas, setahun dua yang lepas, beberapa bulan yang lepas dan hari ini, lebih kurang sama sahaja hidup kita.

Pepatah Arab berbunyi " Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam ".

Amat mendalam maksudnya untuk kita sentiasa memperbaiki diri setiap hari. Akibatnya, perubahan yang lebih positif akan terjadi pada diri kita.

Manusia merupakan insan bertabiat. Tabiat yang sering kita alami adalah perasaan selesa pada keadaan semasa. Untuk kita berubah kearah kebaikan atau keburukan, sememangnya susah oleh kerana tabiat kita tidak membenarkan.

Bagaikan magnet yang menarik kembali diri kita ke aras keselesaan, walaupun sedikit demi sedikit kita cuba melakukan satu perubahan, magnet tersebut akan kembalikan kita ke aras asal.

Jadi apakah yang perlu kita lakukan untuk berubah?
Berikut adalah 3 TIP untuk kita berubah.


1. Tenaga, mental dan emosi
Seperti magnet, memerlukan tenaga yang kuat untuk mengasingkan dua magnet. Lagi kuat magnet tersebut, makin kuat juga tenaga yang diperlukan untuk mengasingkannya. Kekuatan diperlukan dari segi tenaga, mental dan juga emosi untuk melakukan sebarang perubahan terutamanya perubahan yang kita impikan adalah besar.

Untuk berubah sekadar untuk bersenam setiap hari di halaman rumah pastinya lebih mudah daripada berubah untuk pergi ke gym seminggu dua kali untuk melakukan senaman yang lebih jitu! Bagaimana pula untuk mengubahkan badan kita menjadi lebih maskulin seperti Arnold Susah-Nak-Eja? Pastinya tenaga, mental dan emosi yang lebih kental diperlukan.

Tidak kira apa sahaja perubahan yang kita ingin lakukan, lebih besar perubahan tersebut, lebih besar tenaga, mental dan emosi kita perlu usahakan.


2. Pengorbanan
"Bekorban apa saja... harta ataupun nyawa"
Mesti teringat lagu dendangan P Ramlee. Dalam apa sahaja perubahan, perlu adanya pengorbanan. Pengorbanan bukan sahaja harta ( atau nyawa ), tetapi juga masa yang perlu dikorbankan. Dalam mencapai apa sahaja kejayaan yang berbaloi, pengorbanan masa diperlukan iaitu masa daripada apa yang kita telah pun selesa.

Mungkin hari- hari kita pulang dari sekolah, balik rumah berehat dan beriadah. Malam hari, menonton TV sampai terlena. Tetapi, sekiranya impian kita adalah untuk berubah, maka perlu korbankan masa-masa kita yang seperti mana kita telah pun selesa. Mungkin korbankan masa menonton TV dan alihkan tumpuan kepada membaca buku ataupun menghadiri kelas tambahan ataupun belajar dengan kawan - kawan yang berjaya dan mempelajari ilmu dari mereka.

Sememangnya untuk berubah, kita perlukan pengorbanan. Pengorbanan apa saja!


3. Lakukannya dengan mendadak!
Pernah dengar tak nasihat jika ingin melakukan perubahan, lakukannya sedikit demi sedikit. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Kita akan berjaya berubahkan diri kita! Betul? TIDAK!

Penyelidikan ada mengatakan bahawa sekiranya ingin melakukan perubahan, manusia seringkali melakukannya secara mendadak. Manusia mencapai kejayaan dalam keadaan lonjatan secara tiba - tiba untuk sesuatu masa. Kemudian pada waktu yang lain, lonjatan secara tiba - tiba dilakukan kembali.

Berubah sedikit demi sedikit, sememangnya mempunyai tempatnya, tetapi untuk lebih efisyen dalam berubah, lakukan lonjatan tiba - tiba berbanding dengan berubah sikit demi sedikit.

Sekiranya ingin memberi kesan positif kepada diri kita, bukan dengan cara perlahan -lahan mencapai kejayaan sedikit demi sedikit untuk. Tetapi, dengan terus mendapatkan kejayaan mendadak! Pastinya kesan kepada diri kita adalah lebih mendalam.

Anggap berubah seperti sebuah kapal terbang. Apabila hendak berlepas, tenaga yang kuat, pengorbanan masa dan juga kelajuan yang mendadak diperlukan. Tanpa tenaga, masa dan kelajuan, pastinya kapal terbang tersebut tidak dapat berlepas. Hanya bergerak dan berpusing - pusing di run - way sahaja! Tetapi, dengan tenaga, masa dan kelajuan, kapal terbang boleh berlepas ke udara. Anda perasan tak apabila kapal terbang sudah di udara, kelajuannya boleh dikurangkan?

Begitu juga dengan manusia yang memerlukan ketiga - tiga elemen di atas untuk melakukan perubahan. Apabila sampai satu tahap perubahan, boleh relax sedikit kerana momentum perubahan kita akan membawa kita mencapai kejayaan yang lebih hebat!

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Saturday, April 17, 2010

Memahami Minda Cemerlang

Apakah sebenarnya faktor - faktor yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan ? Berikut terdapat tujuh panduan untuk kita renungi bersama :


Jujur dengan semua orang
========================
Menurut kajian Dr. Stanley, sifat jujur merupakan faktor utama dalam
mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Ia merupakan prinsip patut diamalkan oleh kita.

Berdisipilin
============
Untuk mencapai apa sahaja yang dikehendaki, sudah tentu ia mememerlukan pengorbanan yang tinggi. Disiplin diperlukan dalam pengorbanan tidak kira dari segi wang, masa serta tenaga dalam mencapai cita - cita.

Mesra dengan semua orang
========================
Orang ang cemerlang mudah didampingi dan mesra dengan semua orang. Mereka adalah golongan yang mudah bergaul dengan berbagai pihak. Kebolehan ini merupakan kekuatan komunikasi seseorang dengan orang disekeliling. Kebolehan berkomunikasi adalah penting oleh kerana dikatakan 85% kejayaan seseorang itu bergantung kepada mereka
yang berada disekeliling kita.

Belajar lebih masa dari orang lain
==================================
Orang yang berjaya dalam kehidupan meluangkan lebih masa untuk belajar dari apa yang dilakuan oleh kebanyakkan orang - 2 kali ganda lebih daripada orang biasa.

Mencintai apa yang dilakukan
=============================
Bukan lagi rahsia bahawa dalam mencapai kejayaan, seseorang itu perlu ghairah dengan apa yang dilakukannya.


Mempunyai daya saing yang tinggi
================================
Orang yang berjaya merupakan mereka yang mempunyai daya saingan yang
tinggi. Mereka dikatakan mempunyai kekuatan dan keinginan bersaing
dalam pelbagai bidang dan mereka ingin menang.

Teratur dan terurus
===================
Salah satu faktor utama kecemerlangan adalah untuk menjadi seorang yang teratur
dan terurus. Sememangnya, setiap insan di dunia hanya mempunyai 24jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun mengendalikan hidup mereka sehari. Kita semua mempunyai masa yang sama. Mereka yang berjaya adalah mereka yang bijak menguruskan masa, hari, bulan dan tahun yang diberikan sebaik mungkin.

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Thursday, March 11, 2010

Sudah Berusaha, Tetapi Masih Belum Berjaya

Sering kita mendengar keluhan ini :

"Saya sudah berusaha, tetapi masih belum berjaya ".

Untuk menjawab persoalan ini, bolehlah diibaratkan anda sebagai pekerja " pemecah batu ".

Pada zaman dahulu, kalau nak pecahkan batu, perlu dilakukan secara manual. Tetapi, ketika ini kita menggunakan mesin.

Jadi, pada zaman dahulu, untuk memecahkan batu, ia perlu dilakukan manual. Dengan menggunakan penukul besar. Para pekerja perlu bertalu - talu mengetuk batu tersebut. Ketuk 10 kali pun, bentuk batu masih seperti asalnya. Ketuk 50 kali, ketuk 100 kali pun, tak pecah - pecah juga.

Tetapi, ketuk kali yang entah keberapa, terus batu tersebut pecah berkecai!

Walaupun, kesemua ketukan tersebut adalah pada kekuatan yang sama, maksudnya bukan ketukan yang terakhir itu kuat daripada yang lain - lain. Semuanya sama sahaja kekuatannya. Lambat laun, batu tersebut akan pecah berkecai dengan satu ketukan sahaja> Entah kali yang keberapa.
Tetapi, ia tidak akan pecah tanpa pukulan - pukulan sebelumnya.

Kejayaan anda juga perlu diibaratkan sebegitu. Kesemua usaha anda akan diambil kira. Walaupun tak nampak dilihat kejayaannya pada zahirnya, ia perlu diteruskan secara konsisten sehingga anda jumpa " pukulan " terakhir tersebut. Pukulan terakhir tersebut akan menunjukkan hasil daripada kesemua usaha - usaha anda sebelum ini.

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Monday, February 1, 2010

Fikirkan Tak Boleh

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri - perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa " Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan bahawa memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor ( di mana beliau menjadi seorang yang gemuk @ Professor Sherman ) dan beliau ingin menurunkan berat badannya. Beliau ke gym dan bersenam sambil berkata " Yes I can ! Yes I can ! ".

Anda juga perlu menjadi seperti ini ( bukan menjadi gemuk ). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering mengatakan " tidak boleh " kepada " Saya Boleh ! Saya Boleh ! ".

Teknik melawan fikiran tidak boleh ini dinamakan affirmation dan walaupun bunyi kelakar ( corny ), tetapi ia amat efektif. Ulangkan dengan megucap " Saya boleh " berkali - kali dengan diucapkan. Bukan cakap didalam hati sahaja.

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Monday, January 18, 2010

Petua Untuk Hilangkan Mengantuk di Pejabat

1. Bau-bauan :
Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.

2. Urut :
Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa sekejap, anda akan berasa segar dan aktif semula.

3. Cahaya :
Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika bilik anda tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang.

4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi :
Mengubah kedudukan di kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.

5. Makanan :
Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan yang ringan lebih baik. Jika perut kenyang dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini merupakan suatu alasan untuk rasa hendak tidur.

6. Muzik :
Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak 'up-beat' supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.

7. Berjalan - jalan :
Jika anda tidak boleh pergi ke luar, anda boleh berjalan-jalan di kawasan rumah sambil berinteraksi dengan ahli keluarga.

8. Air :
Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.

9. Bersihkan meja :
Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada sesi belajar, buat sesuatu aktiviti yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa serta mampu menggembirakan anda.

10. Tidur :
Rehat seketika dan tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda.

Monday, December 28, 2009

Tiga Cara Tidak Melewat - lewatkan Kerja

Cara Pertama : Beri tekanan pada diri sendiri
Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana - mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin. Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama - lamanya.

Pemimpin melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha. Golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda belajar, lakukan lebih daripada apa yang anda pelajari.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi. Sekiranya anda melakukan kerja yang anda ingin siapkan pada kadar segera, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu melakukan sesuatu dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus melakukan sesuatu, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.

Cara Kedua : Apa akan terjadi sekiranya . . .
Manusia melakukan sesuatu untuk mendapatkan kebahagiaan atau mengelakkan kesusahan. Dalam apa sahaja yang anda lakukan, sudah pasti terdapat elemen menambahkan kebahagiaan anda atau mengelakkan kesusahan.

Dalam mengurus masa, fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak melakukan tugasan di tangan secepat mungkin. Adakah anda mendapat kebahagiaan atau kesusahan?

Beri tumpuan dan fokus kepada perasaan tersebut. Sekiranya kebahagiaan, gandakannya dengan sepuluh. Sekiranya kesusahan yang anda akan dapat, gandakannya dengan sepuluh.

Manusia melakukan sesuatu oleh kerana emosi di dalam diri. Dengan memainkan emosi dengan fokus kepada mendapat kebahagiaan yang berganda dan mengelakkan kesusahan yang berganda, emosi anda akan memberi daya tolakan kepada diri anda untuk menyiapkan sesuatu kerja secepat mungkin dengan sempurna.

Pertimbangkan apa yang akan terjadi sekiranya apa yang anda ingin lakukan di lewat - lewatkan.

Cara Ketiga : Tambahkan ilmu dalam bidang fokus anda
Manusia adalah insan yang amat hebat dan boleh mencapai apa sahaja matlamat dengan ilmu dan pengalaman yang mencukupi. Tambahkan ilmu anda. Dengan ilmu yang lengkap, segala kerja yang dilakukan adalah lebih mudah.

Sering kali kita tidak dapat meneruskan sesuatu kerja apabila kita tidak tahu melakukannya atau mempunyai ilmu yang kurang dalam kerja yang perlu dilakukan. Ini akan melambatkan sesuatu tugasan dan adakalanya akan menurunkan produktiviti dan motivasi. Tekanan mula di rasa apabila ilmu yang dimiliki tidak dapat menangani kerja di tangan.

Dedikasikan diri anda untuk menjadi orang yang berjaya. Baca buku, hadiri kelas tambahan, minta nasihat dari yang lebih pakar dan tambahkan kepakaran anda sama ada yang berkaitan secara langsung dengan pelajaran atupun yang tidak.

Orang disekeliling akan merasa pelik. Bagaimana anda mencapai kejayaan dalam waktu yang amat singkat.
Jawapannya, perbanyakkan ilmu dalam pelajaran.

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Saturday, November 21, 2009

11 Formula kejayaan

1. Keinginan
Pertama sekali dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita - cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.

Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.

Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.


2. Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini " Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu - ragu, usaha mu tidak menentu ".

Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar.

Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita - cita, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita - cita tersebut akan dicapai. Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.

Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub. Anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai. Anda perlu tunjukkan yang cita - cita anda akan tercapai. Itu akan meyakinkan orang ramai.

Dalam menetapkan matlamat, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan.

Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ia tidak tercapai.


3. Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup ataupun sekiranya ada, mereka tidak menulisnya.

Menulis matlamat adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran dan sentiasa memperingati anda secara sedar ataupun secara tidak sedar untuk anda mencapainya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan - angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat, ia menjadi sesuatu yang nyata - boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya.

4. Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai?
Senaraikan segala - galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi - motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.

Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan membawa anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab - sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai. I
ni akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mendapatkannya.


5. Cermin diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini?
( bukan di bangku atau di sofa ).
Pada ketika ini, apakah keadaan anda?
Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.

Pastikan anda mengetahui di mana anda berada ketika ini kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.


6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun?

Kebanyakan orang tidak ada deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut ia tidak dapat tercapai sebelum deadline. Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri.
Oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka. Pada bila - bila masa sahaja.
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline?
Senang sahaja. Berikan satu tarikh deadline yang baru!
Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.


7. Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan - rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan - rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan - rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan - rintangan yang akan muncul.


8. Ilmu tambahan
Ketahui ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita - cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.

Bina satu senarai, apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk anda punyai dalam mencapai matlamat anda?

Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.


9. Perancangan
Kata pakar motivasi " Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal ".
Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi. Anda juga perlu merancang untuk mencapai kejayaan.

Rancang langkah - langkah anda dengan terperinci.
Dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ia akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung - gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima. Anda tidak boleh melanggar hukum ini.


10. Bina gambaran
" A picture paints a thousand words ". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang atau 10 tahun dari sekarang.

Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran - gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.

Berhati - hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan - angan Mat Jenin.


11. Janji pada diri sendiri
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang, tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan sekali-kali putus asa!
Sekiranya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan iaitu kegagalan - usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan. Oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda. Jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya.


Kesimpulan
Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah " blue print " orang - orang yang berjaya di dunia. Setiap kali anda mempunyai matlamat baru, rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat anda tercapai.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat dan anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Sunday, October 11, 2009

Kejayaan - Berjangkit

Kejayaan kita bergantung pada mereka yang berada di sekeliling kita.
Siapa kenalan kita?
Siapa teman sekelas kita?
Siapa guru kita?
Siapa keluarga kita?

Kejayaan berjangkit!
Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang - orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa inggeris berbunyi " If you want to soar with the eagles, you must not flock with the
turkeys ".

Mastermind group
Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan " Mastermind " tersendiri yang terdiri daripada kenalan - kenalan yang berjaya.
Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran supaya sama - sama mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing - masing. Sering kali strategi kumpulan ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep " kejayan berjangkit ini ".
Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan kumpulan orang yang berjaya, maka, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.

Success breeds success
Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins " Success Breeds Success " bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, dia lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit !

Mengapa kah ini berlaku?
Ia merupakan tabiat manusia kerana apabila melakukan sesuatu dan menjadi serta mencapai kejayaan, pastinya seseorang itu akan mengulangi perkara yang sama.
Apabila seseorang itu mencapai kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah. Bila keyakinan bertambah, ia akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dan mengulangi kejayaan yang dikecapi.


Untuk berjaya, kita tidak perlu melakukan sesuatu yang baru. Kita hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan dan kita juga akan turut capai kejayaan. Semestinya kejayaan adalah berjangkit.


Kegagalan juga berjangkit!
Bagaimana pula dengan kegagalan?
Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit.


Sekiranya peribahasa berbunyi " If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys ", maka, pastinya kita perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ia juga berjangkit.

Sekiranya di kalangan teman - teman kita terdapat mereka yang sering berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita - dia adalah satu racun yang amat berbahaya.

Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding dengan perasaan positif. Ia tidak memerlukan usaha yang banyak untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.

Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif serta sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan terjangkit kepada kita. Sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Kejayaan akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering disusuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?

Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuhkan semangat dan juga keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu - ragu dan fikiran negatif mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui dan momentum juga akan terganggu.

Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Tanda - tanda mendapat jangkitan
daripada kegagalan.

Silap memilih role-model
Dalam memilih role model, kita juga perlu berhati - hati. Sekiranya tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap.
Kita mahu menjadi seperti role model kita. Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan terjangkit pada kita pula.

Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial kerana mempunyai role model yang salah. Ini adalah contoh jangkitan kegagalan yang paling ketara.

Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja didunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit.
Pilihannya di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan kejayaan ataupun kegagalan.

Pilih lah yang pertama!

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Friday, September 11, 2009

Prinsip 80 - 20

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda.

Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil.

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Tuesday, August 11, 2009

Tabiat Membuang Masa

Pepatah mengatakan " Angin yang sama meniup kita, bergantung kepada kita untuk melayarinya ". Setiap insan mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam seharinya.

Tabiat membuang masa atau sering dikenali sebagai " proscastinantion " adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali kita menundakan sesuatu kerja sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang masa ini :

Matlamat Dikecilkan
Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian.
Apa yang anda harus lakukan adalah pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil.

Tingkatkan Kekuatan Tenaga
Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adalah tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugasan. Sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8 - 9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif pada keesokan harinya. Sekiranya anda sering tidur 5 - 6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, dicadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa. Menurut pakar kesihatan, tidak semestinya anda perlu bersenam setiap hari. Meskipun ia merupakan suatu perkara yang terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan kekurangan oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di barat sangat sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat dan segar - ia akan menambahkan produktiviti kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja.

Suara Positif
Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara - suara negative seperti " saya akan gagal / saya tidak dapat melakukan kerja ini / orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya". Gantikannya dengan suara suara positif " saya akan berjaya / saya akan menyiapkan kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya".

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif. Ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,masukkan gambaran - gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh kerana kita menyanyi. Bukan sebaliknya, kita menanyi kerana kita gembira.

Mereka yang optimis akan :
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada masalalah dan bukannya memperbesarkannya.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka sering bercerita tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu.
Fikirkan boleh!

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi

Saturday, July 11, 2009

Kisah Kegagalan

Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi sedangkan terdapat lebih ramai orang yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya.

Tahukah anda 98% daripada jutawan hari ini pernah gagal?
Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan.

Punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN.

Fahami betul - betul ayat di atas. "Takut kepada kegagalan" adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya "Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan".

Apabila kita takut kepada kegagalan, kita akan menghalang diri kita untuk mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa - apa kejayaan. Sekiranya kita berada dalam keadaan "Takut kepada kegagalan", ketahuilah bahawa itu adalah penghalang utama anda.

Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut?
Ikut kata - kata NIKE, Just Do It!
Kalau nak DUIT, anda perlu DO - IT!

Terlalu banyak kisah - kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antaranya adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth.

Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home - run ( larian dengan markah tertinggi di dalam baseball ) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home - run.

Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base - ball yang paling banyak sekali struck - out ( terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola ) - lebih daripada 1,300 kali!

Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya "Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home - run untuk pasukan saya tidak lama lagi!"

Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam mendapatkan home - run!

Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi. Tetapi, ia bermaksud makin hampir kita akan mencapai kejayaan.

Fikirkan kisah - kisah ini pula :

- Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun.

- Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru - guru sebagai murid yang "tiada harapan".

- F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai "seorang yang tidak pandai menjual". Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom.

- Pengasas Disneyland, Mr. Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana "Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas".

- Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah.

- Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan "Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja".

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol.

Adakah ikon - ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya?
Sudah tentunya tidak.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak
diulangi.
Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Disunting dari Tips Dr. Irfan Khairi